[gtranslate]

Kumpulan YPJ Program | Luncheon Talk

6 Julai 2020, Johor Bahru – Satu Majlis Sesi “Luncheon Talk” YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Johor Bersama Pegawai-pegawai Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor yang telah diadakan pada 5hb Julai 2020 bertempat di Wisma YPJ Holdings, Taman Tampoi Utama Johor Bahru telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Program yang dihadiri sendiri oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor Bersama rombongannya itu hadir dengan memulakan lawatan ke seluruh bahagian dan pejabat di wisma tersebut bagi melihat sendiri keadaan ruang kerja pegawai dan kakitangan Kumpulan YPJ di Wisma tersebut.

Program diteruskan dengan sesi amanat dan bual bicara YB Dato’ Bersama pegawai dan anggota kakitangan Kumpulan Yayasan Pelajaran Johor di bilik Mesyuarat Utama aras 5. Antara intipati amanat dan nasihat beliau ialah “Kita perlu belajar dari pengalaman lalu apabila pemimpin gagal memegang amanah”. Rakyat hilang keyakinan terhadap GLC. Pemimpin yang ada sekarang perlu menjadi pemangkin kejayaan YPJ dan anak-anak syarikatnya untuk masa akan datang.

Majlis ini juga turut hadir ialah YB Dato’ A. Rahim bin Hj Nin, Pegawai Kewangan Negeri Johor, YB Dato’ Hj Mohd Noh bin Ibrahim, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) dan ketua-ketua jabatan.

#KumpulanYayasanPelajaranJohor

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast