[gtranslate]

Biasiswa Orang Muda Johor

bomjjun2023
Pengenalan

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk  menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama dalam bidang- bidang yang  dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia.

Syarat Permohonan

Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat umum dan khusus permohonan seperti berikut:

  1. Syarat Umum
    • Pemohon dan Ibu Bapa merupakan warganegara Malaysia;
    • Pemohon dan Ibu atau Bapa lahir atau menetap di Johor sekurang-kurangnya 10
      tahun berturut-turut (dari tarikh permohonan);
    • Berstatus bujang / belum berkahwin;
    • Mengikuti pengajian secara sepenuh masa;
    • Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama;
    • Mempunyai kesihatan yang baik (fizikal dan mental);
    • Tidak terlibat dalam sebarang prosiding jenayah dan tidak disenarai hitam; dan
    • Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
  2. Syarat Khusus
    • Memperoleh keputusan sekurang-kurangnya 9A+ bagi matapelajaran berikut:
      1) Bahasa Melayu;
      2) Bahasa Inggeris;
      3) Matematik;
      4) Sejarah;
      5) Matematik Tambahan;
      6) Fizik;
      7) Kimia;
      8) Pendidikan Islam/ Pendidikan Al-Quran Dan Al-Sunnah/ Pendidikan Syariah Islamiah/ Pendidikan Moral/ Usul Al-Din/ Al- Syariah/ Turath Al-Quran Wa Al-Sunnah/ Turath Dirasat Al-Islamiah; dan
      9) Satu (1) mata pelajaran lain.
      DAN JIKA ADA
      Memperoleh minimum gred A- bagi semua mata pelajaran lain.

Peringkat Pengajian, Institusi Tajaan Dan Bidang

  1. Peringkat Pengajian
    • Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan akan ditaja bagi pengajian peringkat Ijazah Pertama secara sepenuh masa dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja. (Termasuk program persediaan di peringkat A-Level selama 24 bulan di kolej persediaan yang telah ditetapkan).
  2. Tempat Pengajian
    • 20 universiti terbaik dunia seperti yang disenaraikan dalam Times Higher Education (THE) World University Rankings, Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings, dan / atau Academic Ranking of World Universities (ARWU) berdasarkan kedudukan universiti.
  3. Bidang Pengajian
    • Kejuruteraan & Teknikal;
    • Sains & Teknologi;
    • Sains Sosial : terhad kepada Sains Politik / Hubungan Antarabangsa, Kewangan / Perbankan, Perakaunan / Percukaian, Ekonomi, Psikologi.

Bidang Pengajian Yang Tidak Ditaja

Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP).

Cara Memohon

Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang PROLIMS YPJ https://prolims.gov.my  selama empat belas (14) hari mulai 14 Jun 2023 sehingga 27 Jun 2023, jam 4.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang rasmi YPJ bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan  Permohonan Penajaan Biasiswa Orang Muda Johor sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat. Calon wajib menghantar dokumen sokongan sepertimana berikut :

  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga;
  • Salinan Keputusan Sijil SPM;
  • Salinan Sijil Kelahiran;
  • Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan);
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI / PENYATA PENDAPATAN);
  • Sijil kegiatan kokurikulum 3 tahun terkini; dan
  • Surat sokongan sekolah (jika berkaitan).
  • Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau setaraf dengannya.

Pertanyaan Dan Masalah Teknikal

Pertanyaan mengenai program tajaan dan masalah teknikal boleh dibuat dengan menghubungi talian call centre iaitu 07-2344355.

Calon juga boleh mengemukakan pertanyaan menerusi e-mel biasiswapelajaran@ypj.gov.my

Student Assessment Centre (SA)

Calon-calon yang memohon program penajaan ini DAN melepasi syarat-syarat permohonan yang telah  ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment (SA) . Calon yang terpilih akan  dimaklumkan melalui SMS untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SA.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan penajaan ini akan dikemaskini melalui laman PROLIMS YPJ. Sekiranya  terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan melalui laman  sesawang YPJ. Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya pelajar tidak menerima sebarang  notifikasi dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup permohonan.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast