[gtranslate]

Pinjaman Pelajaran Dalam Negara

1. SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPTA (Universiti & Politeknik) peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
  3. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPTS di bawah  Kumpulan Pendidikan YPJ peringkat Sijil atau Diploma;
  4. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori B40 dan M40;
  5. Keutamaan bagi yang belum mempunyai tajaan;
  6. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  7. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’.

2. DOKUMEN WAJIB

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
  5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  6. Salinan Surat Tawaran IPT
  7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  8. Salinan Sijil SPM
  9. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  10. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  11. Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

PERINGATAN PENTING : Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.