[gtranslate]

Tabung Latihan Kemahiran Johor

  1. Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
  2. Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
  3. Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
  4. Jenis Pensijilan:
    • Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
    • Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
  5. Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
    • Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
    • Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
    • Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)
  6. Bidang latihan  yang  ditaja adalah  bidang  yang  menjadi  tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang   pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
    • Hospitaliti dan Pelancongan
    • Minyak & Gas
    • Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor

Contoh kiraan 1 :

  • Nama : Ahmad Bin Ali
  • Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor
  • Penaja : PTPK / YPJ

 

  1. Hutang keseluruhan pinjaman dengan PTPK : RM 15,000
  2. Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000
  3. Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak PTPK, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik pelajar .
  4. Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada badan penaja masing-masing.

Contoh kiraan 2 :

  • Nama : Ahmad Bin Ali
  • Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor
  • Penaja : Tiada Penaja – berhutang dengan Kolej

 

  1. Tunggakan/ baki hutang dengan kolej : RM 15,000
  2. Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000
  3. Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak kolej, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik/tunggakan pelajar.
  4. Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada pihak kolej.