[gtranslate]

Tindakan CTOS

CTOS adalah tindakan yang perlu dielakkan oleh kesemua peminjam kerana perkara ini sudah pastinya akan menyukarkan urusan permohonan pinjaman mereka dengan pihak bank.

Surat CTOS akan dikeluarkan sebagai amaran kepada peminjam yang culas dalam pembayaran setelah melalui peringkat perundangan. Peminjam diberi tempoh masa 14 hari untuk membuat penyelesaian tunggakan.

Nama peminjam akan didaftarkan ke dalam system CTOS jika peminjam berdegil tidak menghubungi YPJ untuk membuat penyelesaian. Akibatnya, peminjam perlu menanggung caj CTOS sebanyak 3% daripada baki akhir pinjaman yang didaftarkan di dalam sistem CTOS. Nama peminjam juga hanya akan dikeluarkan daripada sistem setelah bayaran penuh dilakukan. Walaupun YPJ terbuka untuk memberi peluang kepada peminjam melakukan bayaran ansuran secara bulanan tetapi nama mereka tetap akan kekal di dalam sistem CTOS sehinggalah baki pinjaman menjadi RM0.00

Peminjam akan menerima Surat Blacklisted CTOS sebagai makluman nama mereka telah disenaraihitamkan.

LAIN-LAIN TINDAKAN

Tindakan perundangan lain seperti bankrupsi, penyitaan, garnisi, waran tangkap dan sebagainya akan dijalankan oleh pihak YPJ setelah mengambil kira pelbagai aspek. Antaranya ialah jumlah baki peminjam dan tahap efektif serta kesan tindakan tersebut ke atas jumlah bayaran balik yang bakal diterima.

Sebelum tindakan ini diambil, pihak YPJ akan mendapatkan terlebih dahulu nasihat guaman daripada panel peguam yang dilantik.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast