SYARAT AM PERMOHONAN
- Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor;
- Permohonan terbuka semester pertama Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KP YPJ bermula Jan 2024 – Dis 2024;
- Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih;
- Pemohon TIDAK MENERIMA mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
- Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI SAHAJA mengikut sesuatu tahap pengajian;
- TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
- Pemohon WAJIB mengisi Borang Sokongan SBP (Muat Turun Borang) dan mendapatkan tandatangan serta cop pengesahan di kawasan DUN masing-masing;
- Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.
DOKUMEN WAJIB
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
- Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
- Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Yayasan Pelajaran Johor & Kolej Komuniti
- Salinan Akaun Bank Pelajar (Nombor akaun bank)
- Borang Sokongan SBP (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing
Pengesahan lampiran dokumen-dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK dan yang setaraf dengannya
CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN
1) Muat turun => Borang Sokongan SBP.
2) Pastikan Borang Sokongan SBP ada (Cop Pengesahan & Tandatangan oleh Pusat Khidmat DUN) masing-masing.
3) Layari Portal Permohonan SBP 2024 di portal : https://bantuan-ypj.com
4) Klik DAFTAR (Isikan segala maklumat yang diperlukan).
5) Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.
“Dokumen-dokumen sokongan permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Professional Gred 41 & Ke Atas / Pegawai Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.”
6) SELESAI.