15 Jun 2020, Johor Bahru – Amanat Menteri Besar Johor, Datuk Haji Hasni Mohammad bertemakan “Berdaya Tahan Demi Kemakmuran” berlangsung di fb live hari Ahad bertarikh 14 Jun 2020 jam 10.30 pagi. Yayasan Pelajaran Johor antara Jabatan Kerajaan yang mengikuti amanat tersebut.
Tujuh Ikhtiar Makmur Johor merupakan pelan keluar negeri Johor bagi mendepani cabaran pasca COVID-19 dalam memperkasakan semula sektor ekonomi.
Matlamatnya untuk menjadikan Johor lebih makmur, sekali gus maju ekonomi dan sejahtera rakyatnya.
#BerdiriBersamaJohor
#StandWithJohor
#KeepJohorSafe