- Bermaustautin tetap dinegeri Johor tidak kurang dari 5 tahun (Keutamaan adalah pada pelajar yang lahir di negeri Johor)
- Mengikuti kursus kemahiran di Institusi – Institusi dalam Negeri Johor sahaja
- Telah mempunyai tajaan (pinjaman) semasa permohonan dibuat (cth : PTPK, YPJ dan lain-lain yang bukan berbentuk one-off) / pembiayaan sendiri (pelajar Kolej kemahiran YPJ sahaja)
- Jenis Pensijilan:
- Persijilan Kemahiran Malaysia iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM)
- Dan lain-lain persijilan yang diiktiraf
- Keutamaan kelayakan untuk mendapat bantuan adalah seperti berikut :
- Belia keciciran dan tamat tingkatan 3 / lepasan Sijil Pelajaran Malaysia
- Pelajar yang telah mendapat jaminan pekerjaan setelah tamat latihan
- Pelajar yang sedang/pernah berada di dalam industri dan mengikuti latihan kemahiran bagi tujuan (upskill, reskill dan multiskill) bukti di dalam industri mestilah disertakan bersama (cth : sokongan majikan)
- Bidang latihan yang ditaja adalah bidang yang menjadi tumpuan penjanaan ekonomi negeri Johor dan menawarkan peluang pekerjaan yang tinggi seperti berikut :
- Hospitaliti dan Pelancongan
- Minyak & Gas
- Dan lain-lain sektor latihan kemahiran yang kritikal dan mempunyai nilai peluang pekerjaan yang tinggi di Negeri Johor
Contoh kiraan 1 :
- Nama : Ahmad Bin Ali
- Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor
- Penaja : PTPK / YPJ
- Hutang keseluruhan pinjaman dengan PTPK : RM 15,000
- Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000
- Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak PTPK, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik pelajar .
- Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada badan penaja masing-masing.
Contoh kiraan 2 :
- Nama : Ahmad Bin Ali
- Institusi Kemahiran : Kolej Kemahiran Johor
- Penaja : Tiada Penaja – berhutang dengan Kolej
- Tunggakan/ baki hutang dengan kolej : RM 15,000
- Bantuan Tabung Latihan Kemahiran Johor : RM 2,000
- Jumlah bayaran balik : Dari keseluruhan hutang pinjaman bersama pihak kolej, sebanyak RM 2,000 akan ditolak bagi mengurangkan jumlah bayaran balik/tunggakan pelajar.
- Nota : pengiraan sebenar jumlah keseluruhan bayaran balik hendaklah dirujuk kepada pihak kolej.