Bantuan Pendidikan
Bagaimana cara untuk memohon pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?
Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-
- 1. Isi permohonan secara online di www.ypj.gov.my
- 2. Mencetak slip permohonan
- 3. Hantar slip permohonan & dokumen sokongan yang diperlukan
- 4. Permohonan yang berjaya sahaja akan dimaklumkan melalui SMS (dalam tempoh 2 bulan dari tarikh tutup permohonan)
- 5. Permohon yang berjaya akan menerima surat tawaran dan satu (1) set dokumen perjanjian yang akan dihantar ke emel pemohon
- 6. Lengkapkan dokumen perjanjian dalam tempoh 3 minggu dari tarikh emel diterima
Apakah syarat-syarat permohonan pinjaman Yayasan Pelajaran Johor?
- 1. Lahir dan menetap di Johor
- 2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan pendidikan
- 3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
- 4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- 5. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa)
- 6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
- 7. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan)
- 8. PENTING: keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan per/kapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan
Penguatkuasaan
Bahagian apakah yang menguruskan hal-hal berkaitan tuntutan pertama peminjam, bayar balik pinjaman, rebat, penangguhan, KWSP dan perundangan?
Bahagian Penguatkuasaan.
Bilakah tuntutan pertama bermula? Berapakah jumlah ansuran yang dikenakan?
Tuntutan pertama akan dikeluarkan selepas 6 bulan pelajar tamat pengajian. Pelajar akan dimaklumkan oleh YPJ melalui surat rasmi bagi tuntutan ini. Jadual mula pembayaran dan jumlah bayaran bulanan terkandung didalam surat tersebut. Bagi tuntutan pertama ini,jadual ansuran bulan RM100 x 12 bulan pertama. Bagi tahun berikutnya, anggaran tersebut akan meningkat mengikut jumlah besar pinjaman anda.

