[gtranslate]

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon lahir ATAU menetap di Negeri Johor;
  2. Permohonan terbuka Semester Pertama program Asasi, Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Kolej-kolej Komuniti dan Kolej-kolej di bawah KPYPJ bermula Januari 2024 – Disember 2024;
  3. Tempoh kursus yang diikuti adalah sekurang-kurangnya 1 Tahun atau lebih;
  4. Pemohon TIDAK MENERIMA mana-mana bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  5. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran SEKALI SAHAJA mengikut sesuatu tahap pengajian;
  6. TIADA had pendapatan Ibu Bapa / Penjaga;
  7. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar Yayasan Pelajaran Johor.

DOKUMEN WAJIB

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Sijil Kelahiran Pelajar
  3. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  4. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA, Kolej Matrikulasi,  Kolej-Kolej Komuniti & Kolej-Kolej di bawah KPYPJ (Terima Tawaran Kemasukan dari Januari 2024-Disember 2024)

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

1) Layari Portal Permohonan SBP 2024 di portal : https://bantuan-ypj.com

2) Klik DAFTAR (Isikan segala maklumat yang diperlukan).

3) Muat naik dokumen-dokumen sokongan permohonan.

4) SELESAI.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast