1. SYARAT AM PERMOHONAN
- Lahir dan menetap di Negeri Johor;
- Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
- Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
- Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
- Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
- Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
- Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
- PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.
2. JENIS IPT & TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA
IPTA
- Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)
3. DOKUMEN WAJIB
- Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar
- Salinan Sijil Kelahiran
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
- Salinan Surat Tawaran IPT
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah
- Salinan Sijil SPM
- Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
- Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini
PERINGATAN PENTING : Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.
Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.
4. CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN
A) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ
- Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
- Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.
B) KAEDAH POS
- Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
- Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
- Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, iaitu “PINJAMAN PELAJARAN”.
- Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
- Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.