3 April 2020, Johor Bahru – Inisiatif Ihsan Johor : YPJ diberikan mandat bagi mendapatkan maklumat pelajar yang terkandas di kampus berikutan Perintah Kawalan Pergerakan PKP akibat penularan wabak Covid-19.
SYARAT PEMOHONAN:
1. Mahasiswa/i anak Johor yang lahir dan menetap di Johor, atau
2. Mahasiswa/i bukan anak Johor tetapi menetap di Johor see.
3. Mahasiswa/i anak Johor (bil. 1 & 2) yang terkandas menuntut secara aktif di universiti selama tempoh PKP dilaksanakan.
Oleh itu, semua pelajar diminta untuk mengisi borang secara online sebagaimana hebahan oleh MakmurJohor :
http://b.link/bantuanmahasiswajohorcovid19
Hampir 3,000 penuntut anak Johor dijangka akan menerima manfaat daripada inisiatif ini yang akan disalurkan ke akaun Persatuan Mahasiswa Anak Johor atau Hal Ehwal Pelajar IPT
TARIKH TUTUP PEMOHONAN:
9 April 2020 (atau tertakluk kepada sebarang pindaan)
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi :
Encik Hamdi: 012-724 0060
Encik Muhammad Sollehin: 012-765 9610
(8pagi – 5 petang/ Ahad – Khamis)
ATAU Email:
pembangunanmahasiswa@ypj.gov.my
SOALAN LAZIM (FAQ’s)
PERMOHONAN BANTUAN MAHASISWA JOHOR TERKANDAS DI KAMPUS BERIKUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
1. Siapakah yang layak memohon bantuan ini ?
a) Mahasiswa/i anak Johor yang terkandas di IPT yang lahir dan menetap di negeri Johor.
b) Mahasiswa/i bukan anak Johor yang terkandas di IPT tetapi telah menetap di Negeri Johor.
c) Mahasiswa/i anak Johor (a dan b) yang terkandas dan masih menuntut secara aktif di universiti selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
2. Bilakah tarikh tutup permohonan bantuan ini ?
9 April 2020 (atau tertakluk kepada sebarang pindaan)
3. Bagaimanakah cara memohon bantuan ini ?
Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan mengisi maklumat yang diminta melalui laman web yang tertera :
http://b.link/bantuanmahasiswajohorcovid19
4. Saya Mahasiswa yang tidak berkelahiran Johor tetapi menetap di Johor. Adakah saya layak memohon ?
Boleh. Sila rujuk syarat kelayakan di soalan 1.
5. Saya merupakan Mahasiswa yang bukan berkelahiran Johor tetapi menuntut di IPT yang terletak di Johor. Adakah saya layak memohon?
Tidak layak. Sila rujuk syarat kelayakan di soalan 1.
6. Adakah Mahasiswa Johor yang menuntut dan terkandas di Universiti luar negara layak untuk memohon bantuan ini ?
Buat masa ini bantuan hanya kepada Mahasiswa Johor yang menuntut di IPT tempatan di dalam Malaysia.
7. Pelajar yang terkandas di tempat praktikal dan rumah sewa boleh memohon ?
Boleh jika pelajar sedang membuat praktikal dan berada jauh daripada keluarga serta situasi lain terkandas di rumah sewa.
8. Semasa permohonan online ada diminta salinan akaun, saya tertinggal surat itu di kampung halaman.
Memadai muka hadapan buku bank atau screenshot internet banking yang tertera :
• Nama pemohon
• Nombor akaun pemohon
• Nama bank pemohon
9. Adakah Bantuan Mahasiswa Johor ini merupakan bantuan yang terkandung di dalam Bantuan Prihatin oleh Kerajaan Persekutuan ?
Tidak. Bantuan ini merupakan bantuan yang terkandung di bawah Insentif Ihsan Johor yang diumumkan oleh Menteri Besar Johor, YAB Datuk Haji Hasni Bin Mohammad.
10. Saya terkandas di Universiti Malaysia Sabah. Bagaimanakah cara saya menyatakan alamat dalam permohonan online ?
Di dalam laman permohonan ada disediakan 2 alamat yang perlu diisi iaitu alamat rumah dan juga alamat terkandas di IPT.