[gtranslate]

Konvensyen Mahasiswa Johor: Persatuan Anak Negeri Johor IPT Malaysia

11 Februari 2019, Johor Bahru – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menjalankan Program Konvensyen Mahasiswa Johor: Persatuan Anak Negeri Johor IPT Malaysia di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Johor pada 10 Februari 2019.

Antara objektif konvensyen tersebut:-

i) Menghimpunkan barisan kepimpinan mahasiswa Persatuan Anak Negeri Johor dari Institut Pengajian Tinggi seluruh negara.
ii) Membentangkan pelaksanaan inisiatif-inisiatif pembangunan modal insan, sahsiah jati diri dan kepimpinan mahasiswa Johor sepanjang tahun.
iii) Memperkenalkan barisan kepimpinan persatuan mahasiswa kepada pentadbiran kerajaan Negeri (Medium perjumpaan).

Penglibatan sebanyak 105 orang pimpinan Persatuan Anak Negeri Johor peserta dari 20 IPT seluruh negara.

Tetamu kehormat konvensyen tersebut terdiri daripada:

i) YB Tuan Haji Aminolhuda bin Haji Hassan
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Dan Pendidikan Negeri Johor

ii) YB Tuan Suhaizan bin Kaiat
Yang Dipertua Dewan Negeri Johor

iii) YB Tuan Muhammad Taqiuddin bin Che Man
Ahli Dewan Negeri Johor Pulai Sebatang

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast