3 September 2018, Iskandar Puteri – Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 Peringkat Daerah Johor Bahru disambut meriah pada hari Jumaat, 31 Ogos 2018 di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.
Kontinjen YPJ menyertai perarakan sambutan tersebut seawal jam 7.00 pagi yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamed Daud bin Osman, Pengurus Kanan Pengurusan & Korporat YPJ.
Di sambutan tersebut YPJ turut memenangi Johan Sepanduk Terbaik Peringkat Daerah Johor Bahru.