[gtranslate]

Biasiswa Kenangan Dato’ Onn

Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO)

YPJ memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar sekolah yang terpilih dan cemerlang di dalam akademik dari peringkat menengah rendah iaitu Tingkatan Satu (1) sehingga peringkat menengah atas, iaitu Tingkatan 6 di seluruh Negeri Johor. Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

  1. Pemohon dilahirkan di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor;
  2. Mendapat sekurang-kurangnya 3A UPSR atau 60% bagi murid di Sekolah Menengah;
  3. Pendapatan ibu dan bapa @ Penjaga RM 3,000.00 dan ke bawah;
  4. Tiada menerima penajaan dari mana-mana agensi;
  5. Permohonan Biasiswa Dato’ Onn Negeri Johor adalah secara on-line di laman web ypj.gov.my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan yang telah disahkan seperti berikut:-

 

  1. Salinan Kad Pengenalan / MyKad Pemohon;
  2. Salinan Sijil Kelahiran;
  • Salinan Kad Pengenalan / MyKad Ibu dan bapa atau Penjaga;
  1. Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan;
  2. Salinan Keputusan Peperiksaan terkini;
  3. Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga;
  • Dokumen lain yang berkaitan (cth: sijil mewakili Sekolah, Daerah, Negeri dan Negara).

Pihak YPJ akan bekerjasama dengan pihak PTPTN melalui akaun Tabung Pendidikan SSPN-i

Kadar Baru Biasiswa Dato’ Onn (BDO) adalah seperti berikut:-

 

TINGKATAN KADAR TAHUNAN(RM)
SATU – LIMA 600.00
ENAM & STAM

(STAM – Sijil Tinggi Agama Malaysia)

1,000.00
bkdo

Info : Biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah di Negeri Johor.

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Pemohon dilahirkan di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor;
Mendapat sekurang-kurangnya 3A UPSR atau 60% bagi murid di Sekolah Menengah;
Pendapatan ibu dan bapa @ Penjaga RM 3,000.00 dan ke bawah;
Tiada menerima penajaan dari mana-mana agensi;
Permohonan Biasiswa Dato’ Onn Negeri Johor adalah secara on-line di laman web ypj.gov.my dan menghantarkan slip permohonan ke Yayasan Pelajaran Johor dengan menyertakan salinan dokumen sokongan seperti berikut:

** (Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya)

 

•Salinan Kad Pengenalan / MyKad Pemohon;

•Salinan Sijil Kelahiran;

•Salinan Kad Pengenalan / MyKad Ibu dan bapa atau Penjaga;

•Salinan Sijil Berhenti dan Akuan Persekolahan;

•Salinan Keputusan Peperiksaan terkini;

•Salinan Slip Gaji / Penyata Pendapatan Ibu dan Bapa atau Penjaga;

•Dokumen lain yang berkaitan (cth: sijil mewakili Sekolah, Daerah, Negeri dan Negara)

 

* Pihak YPJ akan bekerjasama dengan (PTPTN) melalui akaun tabung pendidikan SSPN-i

Kadar sumbangan adalah seperti berikut :

i. Tingkatan 1 – Tingkatan 5 = RM 600

ii. Tingkatan 6 dan STAM – RM 1,000

Bermula : 1984

Penglibatan : Keluarga Berpendapatan Rendah

Penerima Manfaat : Pelajar-pelajar cemerlang sekolah menengah di Negeri Johor

Dana Daripada : YPJ

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast