[gtranslate]

Selesai Bayaran Balik

Selesai bayaran balik pinjaman YPJ – Jumlah keseluruhan pinjaman YPJ beserta dengan caj perkhidmatan dan juga caj-caj guaman telah dilangsaikan kesemuanya dan baki penyata kewangan peminjaman adalah RM 0.00.

Surat Pengesahan Selesai Bayaran Balik Pinjaman akan dikeluarkan dalam tempoh 90 hari waktu bekerja selepas bayaran akhir dibuat. Semakan penyata kewangan akan dibuat bagi memastikan baki pinjaman adalah RM 0.00. Surat Pengesahan Selesai akan dihantar kepada peminjam dan juga penjamin-penjamin.

Jika terdapat lebihan bayaran balik (baki pinjaman adalah negatif) Surat Lebihan Bayaran Balik Pinjaman dan Borang Lebihan akan dikeluarkan dalam tempoh 90 hari waktu bekerja. Borang Lebihan perlu dipulangkan semula ke YPJ untuk proses pembayaran balik ke akaun peminjam. Surat Lebihan Bayaran Balik hanya dihantar kepada peminjam sahaja.

Proses bayaran balik lebihan ke akaun peminjam akan diproses selama 14 hari waktu bekerja selepas terimaan borang lebihan daripada peminjam. Bayaran akan dibuat secara terus ke akaun peminjam tanpa memberi makluman kepada peminjam.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast