Pengenalan
Rebat atau pinjaman pemboleh ubah YPJ adalah keistimewaan yang diberikan kepada peminjam YPJ sahaja. Potongan tersebut hanya boleh dilakukan sekiranya peminjam dapat memenuhi syarat-syarat dan Dasar YPJ. Terdapat syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak YPJ :
i) Pemberian rebat atau pengurangan bayaran balik diberikan kepada peminjam-peminjam yang mengikuti program secara sepenuh masa (disepanjang tempoh pengajian)berdasarkan syarat-syarat berikut :
Peringkat Pengajian | Keputusan Layak Rebat | Kadar Layak Rebat | |
1 | Diploma & Ijazah(Diploma & Ijazah Pertama Sahaja) | Kelas Pertama dan Setaraf (CGPA 3.75 & keatas) | 100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan) |
2 | Diploma (MARSAH) | Mumtaz | 100%(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan) |
3 | Ijazah Lanjutan / Sarjana Professional, Kursus Kedoktoran (PHD), Sijil Professional dari MAS | Tiada Pemberian Rebat | Tiada Pemberian Rebat |
ii) Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan di dalam dokumen perjanjian YPJ; dan
iii) Pinjaman YPJ tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain; dan
iv) Institusi pengajian adalah di dalam negara; dan
v) Transkrip mestilah dengan jelas menyatakan jumlah CGPA yang diperolehi dan disahkan oleh Institusi yang mengeluarkan transkrip tersebut; dan
vi) Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun selepas tamat pengajian.