Pengenalan
- Hanya diberikan kepada peminjam yang mempunyai TUNGGAKAN bayaran RM1000 ke atas.
- Peminjam perlu membuat pembayaran pendahuluan separuh tunggakan atau dengan budi bicara pihak YPJ (Bayaran pendahuluan akan ditolak dari jumlah baki pinjaman).
- Peminjam yang dikenakan TINDAKAN SAMAN dan telah ditetapkan tarikh pengurusan kes oleh Mahkamah perlu menghubungi YPJ selewat-lewatnya SATU (1) minggu sebelum tarikh pengurusan kes.
- Peminjam yang dikenakan TINDAKAN CTOS pula, WAJIB berhubung terus dengan pihak YPJ terlebih dahulu bagi semakan dan tindakan selanjutnya.
- Tempoh bagi permohonan jadual semula seterusnya adalah dalam tempoh TIGA (3) tahun.