Pengenalan
Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk menyalurkan Bantuan Tunai secara One-Off sebanyak RM50.00 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor seluruh Malaysia. Selaras dengan Objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan anak negeri Johor.
Penerima Manfaat
Mahasiswa anak negeri Johor yang sedang dalam pengajian sebagaimana berikut:
- Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Politeknik, Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti
- Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) terpilih (UNIKL, UNIMEL, USAS)
- Kolej di bawah Kerajaan Negeri Johor (KUIJSI, KYPJ dan Kolej Kemahiran Johor)
- Kolej TVET (GIATMARA, IKM, KKTM, IKBN, IKTBN, KOLEJ VOKASIONAL, ADTEC DAN SEBAGAINYA)
Syarat Permohonan IMAJ
- Mahasiswa Anak Negeri Johor;
- Taraf Pengajian yang layak adalah Sijil, Asasi, Diploma, Ijazah, Master & PhD;
- Pengajian Sepenuh Masa Sahaja.
Cara Memohon
Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang Bantuan Pelajaran YPJ https://bantuan-ypj.com/ mulai 10 September 2024 sehingga 31 Oktober 2024. Pemohon boleh merujuk maklumat insentif dan Frequently Ask Question (FAQ) IMAJ yang dimuat naik di laman sesawang rasmi YPJ bagi maklumat lanjut berhubung insentif yang ditawarkan.