Tukar Size Tulisan
Contrast
[gtranslate]

Persediaan Pembukaan Operasi YPJ

4 Mei 2020, Johor Bahru – JAWATANKUASA Keselamatan dan Kesihatan (JKK) YPJ bersama Bahagian Khidmat Pengurusan YPJ telah melaksanakan langkah-langkah awal persediaan pembukaan operasi YPJ pada 3 Mei 2020. Antaranya membuat penandaan laluan masuk/keluar bagi kakitangan mahupun pelanggan/pelawat, penandaan penjarakan sosial di ruang menunggu, kaunter saringan kesihatan, penyediaan buku rekod dan hand sanitiser serta bilik khas pesakit bergejala.

Termasuklah memanggil kontraktor luar bagi menjalankan kerja-kerja semburan menyahkuman (disinfeksi) terhadap seluruh ruang pejabat YPJ.

Semua kakitangan yang akan kembali bertugas dan pelanggan/pelawat yang akan hadir berurusan diminta agar mematuhi Garis Panduan yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor dan juga SOP oleh pihak-pihak berkuasa lain berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

#JKKYPJ
#YPJ_BebasCovid19
#KitaJagaKita

Oleh: Mohd Najib Bin Samingin, Setiausaha JKK YPJ.

Comments are closed.