8 November 2018, Johor Bahru – Majlis Perpisahan Timbalan Pengurus Besar YPJ diadakan sempena perpindahan Encik Saifuddin bin Abdul Rahim yang mula bertugas di Unit Swadaya Insan Negeri Johor pada 1 November 2018.
Majlis diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Yayasan Pelajaran Johor. Majlis ini dihadiri oleh pihak pengurusan serta kakitangan YPJ bagi menghargai jasa Timbalan Pengurus Besar sepanjang perkhidmatannya di YPJ.