14 Januari 2018, Johor Bahru – Bengkel MS ISO 9001:2015 diadakan selama 5 hari mulai 7 hingga 11 Januari 2018 (Ahad – Khamis) di Bilik Mesyuarat 1, Yayasan Pelajaran Johor. Sebahagian besar pegawai dan kakitangan dari setiap jabatan adalah terlibat.
Pada 7 Januari 2018 dimulai dengan Kursus Kefahaman Pelaksanaan MS ISO 9001:2015. Pada 8 – 9 Januari 2018 pula diadakan Bengkel Maklumat Didokumentasikan Dan Integrasi Pemikiran Berasaskan Risiko Ke Dalam Proses Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Manakala pada 10 – 11 Januari 2018 pula diadakan Kursus Audit Dalaman MS ISO 9001:2015.
Bengkel ini dijayakan bersama oleh Encik Ridzuan bin Muhammad dari Perunding Inokreatif Q.