3 Ogos 2017, Seremban – Sekumpulan pegawai dan kakitangan YPJ seramai 15 orang yang diketuai oleh Tuan Haji Mohamed Daud bin Osman, Pengurus Kanan Pengurusan & Korporat telah mengadakan lawatan kerja ke Yayasan Negeri Sembilan pada 2 Ogos 2017 (Rabu) bagi perkongsian idea antara yayasan.
Sebahagian besar pegawai & kakitangan YPJ ini adalah ahli KIK YPJ untuk meneruskan kesinambungan projek mereka.
Antara perkongsian di dalam lawatan tersebut adalah:-
1. Penstrukturan PEMANIS, Negeri Sembilan
2. Program Pendidikan Yayasan Negeri Sembilan
3. Sistem Pengurusan Program Duta Jauhar, Yayasan Pelajaran Johor