Menyokong dan memenuhi KPI Yayasan Pelajaran Johor iaitu memperkasakan dan meningkatkan penglibatan anak Johor sebagai pemimpin mahasiswa di universiti.
Mengumpulkan para peminjam YPJ yang masih di dalam tempoh pembiayaan pinjaman YPJ agar mereka mengetahui dan memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar di bawah tajaan YPJ.
Membentuk mahasiswa Johor dengan jati diri dan sahsiah yang hebat serta memiliki nilai intelektual modal insan kelas pertama supaya menjadi bakal-bakal pemimpin yang berketerampilan dan berwawasan.
Mendedahkan kepada para peserta terhadap lanskap pembangunan ekonomi, politik dan isu kemasyarakatan yang sedang berlaku di Johor.
Memupuk semangat patriotisme terhadap negeri dan negara serta bersedia untuk menyumbang khidmat bakti.