[gtranslate]

Pinjaman Pelajaran Luar Negara

KLIK SINI UNTUK MOHON

Syarat permohonan

  1. Warga Negeri Johor DAN menetap di Negeri Johor ;
  2. Berumur tidak melebihi 35 tahun pada tarikh memohon;
  3. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk pengajian atau peringkat yang sama;
  4. Pemohon MESTILAH sedang mengikuti pengajian di tahun kedua (2) dan ke atas (tidak termasuk tahun persediaan/asasi)
  5. Gaji ibu DAN bapa/penjaga/pemohon mestilah tidak melebihi RM 5,000.00 sebulan DAN tanggungan lebih 3 orang;

Syarat khusus akademik

  1. Keputusan peperiksaan (cumulative) terkini pemohon mestilah 80% dan ke atas;

Nama negara yang ditaja

  1. Mesir
  2. Jordan
  3. Indonesia

Taraf pengajian yang ditaja

  1. Ijazah Pertama (Bachelor Degree)

Jenis kursus yang ditaja

  1. Perubatan
  2. Pengajian Islam

DOKUMEN WAJIB

  1. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  2. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga
  3. Salinan Surat Tawaran IPT
  4. Salinan Sijil SPM
  5. Salinan Sijil Kelahiran
  6. Sijil Berhenti Sekolah
  7. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  8. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG

 

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast