10 Julai 2017, Kulai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan YPJ 2017 pada hari Ahad, 9 Julai 2017 di Kolej Yayasan Pelajaran Johor, KM 16, Jalan Kulai – Kota Tinggi, Johor.
Majlis ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin yang turut menyampaikan Biasiswa Menteri Besar Johor kepada 15 orang mahasiswa & mahasiswi IPT yang layak.
Suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan YPJ 2017 diiringi persembahan nyanyian, tarian dan okestra dari Sekolah Seni Malaysia Johor yang turut dirasai oleh semua pegawai & kakitangan dari Yayasan Pelajaran Johor, Kumpulan Pendidikan Johor & YPJ Holdings Sdn Bhd serta kumpulannya serta hadirin jemputan dari kalangan Yang Berhormat, Jabatan-Jabatan Negeri Johor, Perbankan, Rakan Niaga dan para pelajar kolej tersebut.