[gtranslate]

SKIM BANTUAN PENDAFTARAN

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan Kolej YPJ;
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi;
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain;
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan Pengurus Besar YPJ.

DOKUMEN WAJIB

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Skim Bantuan Pendaftaran”
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  6. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  7. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  8. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  9. Salinan Akaun Bank Pemohon sahaja (Salinan Resit Pembayaran Tidak Diterima)
  10. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

A) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  2. Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

B) KAEDAH POS

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  2. Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  3. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”.
  4. Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
  5. Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast