[gtranslate]

Pinjaman Pelajaran Dalam Negara

1. SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Lahir dan menetap di Negeri Johor;
  2. Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut ke IPT sebelum memohon pembiayaan Pendidikan;
  3. Kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan;
  4. Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  5. Tiada penaja lain (Pinjaman/Biasiswa);
  6. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’;
  7. Pendapatan ibu DAN bapa tidak melebihi RM8,000 sebulan (tertakluk kepada dasar semasa & kelulusan);
  8. PENTING : Keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai jumlah pendapatan dengan perkapita (jumlah pendapatan isi rumah/jumlah tanggungan) yang paling minima. Oleh itu, YPJ tidak terikat untuk meluluskan sebarang permohonan yang diterima walaupun permohonan tersebut memenuhi syarat-syarat dan kriteria yang telah ditetapkan.

2. JENIS IPT & TARAF PENGAJIAN YANG DITAJA

IPTA

  1. Semua IPTA (Diploma & Ijazah Sarjana Muda sahaja)

3. DOKUMEN WAJIB

  1. Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  2. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  3. Salinan Sijil Kelahiran
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
  5. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  6. Salinan Surat Tawaran IPT
  7. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  8. Salinan Sijil SPM
  9. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  10. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  11. Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

PERINGATAN PENTING : Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Ketua Kampung / Penghulu / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.

4. CARA MENGHANTAR DOKUMEN PERMOHONAN DAN SOKONGAN

A) KAEDAH SERAHAN TANGAN DI KAUNTER YPJ

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  2. Semakan awal di kaunter sama ada dokumen lengkap atau tidak. Jika tidak lengkap, set dokumen dipulangkan.

B) KAEDAH POS

  1. Susun dokumen permohonan mengikut turutan “DOKUMEN WAJIB”.
  2. Masukkan kesemua dokumen sokongan ke dalam sampul surat berwarna COKLAT bersaiz A4 dan seterusnya di gam dibahagian belakang dengan kemas.
  3. Tuliskan Jenis Permohonan di PENJURU KANAN ATAS jenis permohonan yang di pohon, sama ada “PINJAMAN PELAJARAN” ATAU “SKIM BANTUAN PENDAFTARAN (SBP)”.
  4. Dokumen yang telah dimasukkan ke dalam sampul surat tersebut, boleh di pos menggunakan kaedah POS yang mempunyai “tracking number”.
  5. Semakan dalam sistem “tracking” sama ada dokumen telah diterima dalam tempoh 7 hari.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast