[gtranslate]

Walkabout Kesedaran Penggunaan “Hand Sanitizer”

10 Mac 2020, Johor Bahru –Yayasan Pelajaran Johor melalui Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan (JKK YPJ) bermula 01 Mac 2020 telah mengaktifkan penggunaan Pembersih Tangan (Hand Sanitizer) kepada semua warga kerja YPJ, pelawat dan pekerja kontraktor yang mengkehendaki mereka menggunakannya semasa hendak memasuki pejabat atau berurusan di YPJ.

Pembersih Tangan (Hand Sanitizer) telah ditempatkan di 3 lokasi utama :
i. Lobi kaunter
ii. Pintu Masuk Aras Bawah
iii. Pintu Masuk Aras Atas

Sehubungan itu, JKK YPJ baru-baru ini telah menggerakkan Mini Walkabout dengan mengiringi pengurusan tertinggi YPJ ke semua bahagian/unit bertujuan bagi menarik perhatian dan mewujudkan kesedaran semua warga kerja YPJ dan pelawat terhadap langkah membasmi dan mencegah penularan jangkitan penyakit dan wabak virus terutama Covid-19 dan Influenza, melalui penggunaan Hand Sanitizer dan kekerapan membasuh tangan dengan sabun.

Inisiatif ini menzahirkan bahawa YPJ memberikan perhatian dan kepekaan yang serius terhadap kawalan kesihatan warga kerja dan pelawat yang datang berurusan ekoran perkembangan semasa wabak tersebut di seluruh negara malah di peringkat dunia.

“Bersama Membasmi dan Mencegah”

Oleh: Mohd Najib Bin Samingin, Setiausaha JKK YPJ.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast