Perutusan Pengerusi

Assalamu’alaikum dan Salam Sejahtera
“Yayasan Pelajaran Johor merupakan sebuah badan berkanun di bawah kerajaan Negeri Johor yang memainkan peranan penting di negeri ini dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan pendidikan.”

Justeru itu, program-program serta skim-skim bantuan yang ditaja dan dikelola adalah bermatlamatkan pembangunan pendidikan. Seterusnya ia menjurus dan membantu kepada pembangunan sumber manusia di negeri ini khasnya dan negara amnya.

Oleh yang demikian, penyebaran maklumat berkenaan program-program dan skim-skim ini harus dengan berkesan dan mempunyai wawasan yang jauh dan seluas yang boleh. Pada zaman IT ini, kemudahan penyebaran maklumat tidak seharusnya menimbulkan masalah. Kita disajikan dengan pelbagai media, daripada media massa, elektronik dan kini internet.

Usaha pihak pengurusan Yayasan Pelajaran Johor membangunkan laman web ini patut dihargai. Laman web ini merupakan satu medan bagi Yayasan Pelajaran Johor untuk menyebarkan maklumat di samping merapatkan hubungan dengan pelanggannya. Adalah menjadi harapan kita agar hasil usaha ini memberi manfaat kepada orang ramai khasnya para pelajar.

Kita juga berharap agar perkembangan ekonomi bertambah baik kerana ini akan menjadikan Yayasan Pelajaran Johor boleh mempelbagaikan bantuan untuk pembangunan pendidikan dan lebih ramai lagi golongan rakyat yang dapat kita bantu.

Sekian, terima kasih.

Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin

Menteri Besar Johor

Merangkap
Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Pelajaran Johor

Tukar Size Tulisan
Contrast