[gtranslate]

Sejarah

YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Kerajaan Negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman / biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.

Pembiayaan bantuan yang berupa pinjaman dan biasiswa bagi penuntut negeri Johor mempunyai sejarah yang panjang. Pada tahun 50an dan 60an dimana jumlah penuntut yang melanjutkan pendidikan di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi adalah kecil, Kerajaan Negeri meletakkan tanggungjawab mengelolakan pinjaman / biasiswa di bawah pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Johor. Antara biasiswa-biasiswa kerajaan yang dikeluarkan pada waktu itu ialah Biasiswa Sultan Ibrahim, Biasiswa Kenangan Dato’ Onn, Biasiswa Perkhidmatan Tadbir Negeri Johor. Hampir kesemua pembiayaan bantuan tersebut diperolehi melalui hasil konsesi balak dan pinjaman Kerajaan Negeri. Hanyalah pada tahun 1986, Yayasan Pelajaran Johor digerakkan sebagai satu entiti dan dilepaskan daripada pentadbiran pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Bermula daripada kegiatan ekonomi yang sederhana, Yayasan Pelajaran Johor telah berjaya menggerakkan beraneka jenis projek-projek ekonomi yang lebih besar. Diantaranya adalah termasuk hotel-hotel, pusat-pusat pelancongan, rancangan perumahan, ladang-ladang dan pelaburan saham.

Namun demikian, kegiatan-kegiatan ekonomi Yayasan Pelajaran Johor tidak dapat digerakkan dengan lancar memandangkan bagi sebuah agensi kerajaan, kegiatan-kegiatannya serta peranan pegawai-pegawai yang berkhidmat dengannya masih tertakluk kuat kepada berbagai-bagai aturan dan peraturan kerajaan. Maka dengan itu, Lembaga Yayasan Pelajaran Johor telah bermesyuarat bertarikh 26hb Mei 1992 untuk mengambil keputusan dalam mengkaji semula kegiatan Yayasan Pelajaran Johor agar dapat mencari jalan supaya ianya dapat beroperasi sebagai sebuah badan komersil.

Dengan tertubuhnya yayasan ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini.

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast