Objektif
- Membantu YPJ mempertingkatkan tahap pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur-prosedur yang berkuatkuasa.
- Membantu YPJ menentukan program-program dan aktiviti-aktiviti diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.
- Menentukan samada sistem perakaunan dan rekod-rekod diselenggara dengan sempurna dan boleh dipercayai supaya pihak pengurusan atasan boleh mendapat maklumat yang tepat dan cepat.
- Membuat penilaian yang objektif dan analitikal dalam memastikan kecekapan dan keberkesanan dalam mutu pengurusan ketika menggunakan sumber-sumber seperti wang awam, harta benda dan tenaga kerja.
- Membantu YPJ dalam meningkatkan kawalan ke atas pengurusan anak-anak syarikat.
Fungsi Utama
- Mengkaji kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kewangan serta kawalan dalaman organisasi.
- Mengkaji tahap pematuhan kepada segala dasar, undang-undang, peraturan dan arahan yang berkuatkuasa.
- Mengkaji aktiviti organisasi diuruskan secara berhemat, cekap dan berkesan.
- Mengkaji aset dan kepentingan organisasi dilindungi dari kehilangan, penipuan dan penyelewengan.
- Melaporkan kepada Pengurus Besar hasil pengauditan dan mengambil tindakan susulan terhadap perkara yang dibangkitkan.
- Menyediakan Rancangan Tahunan dan Laporan Tahunan Audit Dalam untuk kelulusan Pengurus Besar.
- Membentangkan Laporan Audit Dalam di Mesyuarat Jawatankuasa Audit Dalam.
Skop Pengauditan
Jabatan Audit Dalam akan menumpukan kepada program pengauditan yang meliputi aspek berikut:-
- Pengauditan Pengurusan Kewangan/Pengurusan
Pengauditan Pengurusan Kewangan/Pengurusan merangkumi pemeriksaan terhadap sistem kewangan, kawalan dalaman dan rekod kewangan bagi menentukan sama ada perbelanjaan, hasil, aset dan stor telah diurus mengikut undang-undang, peraturan dan arahan yang berkaitan. Auditan juga meliputi pemeriksaan terhadap pengurusan perkhidmatan dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi memastikan segala prosedur dan arahan dipatuhi.
Audit Pengurusan yang dijalankan melibatkan 4 skop iaitu:
a. Pengurusan Kewangan b. Pengurusan Perkhidmatan dan Pentadbiran c. Pengurusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi d. Pengurusan Keselamatan Perlindungan
2. Pengauditan Prestasi
Pengauditan Prestasi dilaksanakan bagi menilai pelaksanaan program/aktiviti yang dijalankan di Bahagian sama ada mencapai matlamat yang ditetapkan dengan menggunakan sumber yang ada secara cekap, ekonomi dan berkesan.
3. Pengauditan ISO
Ianya bertujuan bagi memantau dan mengukur sama ada organisasi mematuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti yang telah diwujudkan.
4. Pengauditan Anak-anak Syarikat
Pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan operasi dan aktiviti syarikat – syarikat YPJ telah dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan dan tujuan penubuhannya dan selaras dengan arahan YPJ.
JABATAN AUDIT DALAM | ||||
1. | PUAN NOR ZARINA BINTI JASMAN | Juruaudit | nor.zarina@ypj.gov.my | ext 234 |
1. | PUAN FARAHDILA BINTI ABD GHANI | Penolong Akauntan | farahdila@ypj.gov.my | ext 217 |
2. | PUAN LILI NORATIKA BINTI OTHMAN | Penolong Akauntan | lili.noratika@ypj.gov.my | ext 217 |
3. | CIK NUR AFIQAH BINTI ZULKIFLY | Penolong Akauntan | nurafiqah@ypj.gov.my | ext 220 |
4. | ENCIK MUHAMMAD FARIDHUDDIN BIN BAHAHUDDIN | PT (P/O) | farid@ypj.gov.my | ext 220 |