[gtranslate]

Dana Didik Johor

Info : Tabungan Pendidikan Awal Anak Bangsa Johor.

Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:

Bayi yang lahir di Negeri Johor  mulai 01hb Januari 2023;
Ibu dan Bapa Kandung adalah warganegara Malaysia (Keutamaan ibu dan bapa yang lahir di Negeri Johor);
Pendapatan ibu DAN bapa di bawah RM7,000 sebulan;
Syarat Tambahan:

i) TARIKH AKHIR permohonan Dana Didik Johor 2023 adalah dalam tempoh 30 HARI selepas dari TARIKH BAYI DILAHIRKAN;

ii) Ibu & Bapa adalah warganegara MALAYSIA dan yang lahir di negeri JOHOR sahaja (Kod Kad Pengenalan: 01, 21, 22, 23, &24).

Tempoh Permohonan : Dibuka sepanjang tahun 2023. Hantar Permohonan : Diemelkan ke danadidikjohor@ypj.gov.my ATAU dihantar ke pejabat Yayasan Pelajaran Johor dan semua cawangan pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Johor dan Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Johor. Dana Daripada : YPJ

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast