Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI)

Info : Anak Johor yang cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana / Ijazah Kedoktoran Bidang tajaan seperti Sains Kesihatan, Sains Sosial, Sastera, Sains Tulen, Kejuruteraan

Tempoh Tajaan : Ijazah Sarjana (1-2 tahun) dan Doktor Falsafah PhD (3-4 tahun)

Bermula : 2016

Penglibatan : Anak Johor peringkat Ijazah Sarjana

Penerima Manfaat : Anak Johor yang cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana / Ijazah Kedoktoran

Dana Daripada : YPJ

1. Syarat-syarat Permohonan

Syarat-syarat Asas

a) Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor;

b) Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor;

c) Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja;

d) Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;

e) Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT;

f) Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih;

g) Pengajian adalah sepenuh masa;

h) Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama;

i) Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat;

Syarat Khusus (Kelayakan Akademik)

Peringkat Ijazah Sarjana

a) Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

a) Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara;

b) Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT;

2. Bidang Tajaan

a) Sains Kesihatan
b) Sains Sosial
c) Sastera
d) Sains Tulen
e) Kejuruteraan

3. Tempoh Penajaan

a) Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
b) Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast