[gtranslate]

Biasiswa Sukan Atlet Johor (BSAJ)

KLIK UNTUK MOHON

Syarat am permohonan

  1. Lahir DAN menetap di Negeri Johor ;
  2. Terbuka kepada pemohon yang mengikuti pengajian Diploma & Ijazah Sarjana Muda di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sahaja;
  3. Berumur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh memohon;
  4. Telah mendapat surat tawaran kemasukan / sedang mengikuti pengajian
  5. Kursus pengajian adalah terbuka kepada semua bidang yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) / Malaysian Qualification Agency (MQA) dan belum tamat tempoh sah laku semasa permohonan dikemukakan.
  6. Keutamaan adalah kepada pelajar yang masih belum mempunyai tajaan (sekiranya pelajar telah mempunyai tajaan maka, pelajar hanya boleh menerima satu tajaan dalam satu masa yang sama)
  7. Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’
  8. Bagi pelajar yang baru mendaftar di tahun pertama, perlu Pernah menyertai kejohanan/sukan sekurang-kurangnya di peringkat negeri (tempoh penyertaan tidak kurang dari tempoh 5 tahun semasa permohonan dibuat)
  9. Bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian di IPT, perlu :
    • Mendapat keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada semester terkini ;
    • Masih bergiat aktif sebagai atlet di dalam kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA)/ Sukan universiti ASEAN (SUA)/ Kejohanan Kebangsaan yang diiktiraf atau Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) sebelum tarikh tutup permohonan
    • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;

 

Dokumen yang diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN)

  1. Salinan Slip permohonan
  2. Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
  3. Salinan surat tawaran pengajian
  4. Salinan pengesahan oleh Pegawai Sukan dari pusat sukan IPT
  5. Salinan keputusan peperiksaan terkini (jika berkaitan)
  6. Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian
  7. Penting ! Salinan Sijil-sijil penyertaan bagi kejohanan yang disertai (5 Tahun terkini)

Nota : Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian kecemerlangan sukan yang diceburi. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi mebuktikan kecermerlangan pencapaian sukan bagi tempoh 5 tahun terkini.

 

Tempoh tajaan & Kadar Biasiswa

  Taraf Jenis Institusi *Kadar Biasiswa **Tempoh Tajaan
a) Ijazah Sarjana Muda IPTA (selain UiTM & Politeknik) Yuran sebenar

+

sara hidup RM 6,000 setahun

Maksimum 5 tahun
UiTM & Politeknik
b) Diploma IPTA (selain UiTM & Politeknik) Yuran sebenar

+

sara hidup RM 6,000 setahun

Maksimum 4 tahun

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast