Penangguhan & Penjadualan Bayaran Balik
Penangguhan hanya diberikan kepada:
1. Peminjam yang masih dalam pengajian di IPTA dengan kursus sepenuh masa (tempoh penangguhan bayaran adalah sehingga tamat pengajian)
2. Peminjam masih belum mendapat pekerjaan (tempoh penangguhan bayaran hanya diberikan selama 6 bulan)
Cara Permohonan
Proses
- Tempoh pemprosesan rayuan adalah 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Surat
- Sekiranya permohonan tidak lengkap, surat makluman pemberitahuan akan dihantar kepada peminjam dan penjamin-penjamin.
- Jika permohonan rayuan berjaya, surat makluman pemberitahuan juga akan dikeluarkan dengan menyatakan tempoh tamat penangguhan. Manakala makluman jadual pembayaran baru akan menyusul selepas tarikh tamat penangguhan.
Penjadualan Semula hanya diberikan kepada:
1. Hanya diberikan kepada peminjam yang mempunyai TUNGGAKAN bayaran RM1000 ke atas.
2. Peminjam perlu membuat pembayaran pendahuluan separuh tunggakan atau dengan budi bicara pihak YPJ (Bayaran pendahuluan akan ditolak dari jumlah baki pinjaman).
3. Peminjam yang dikenakan TINDAKAN SAMAN dan telah ditetapkan tarikh pengurusan kes oleh Mahkamah perlu menghubungi YPJ selewat-lewatnya SATU (1) minggu sebelum tarikh pengurusan kes.
4.Peminjam yang dikenakan TINDAKAN CTOS pula, WAJIB berhubung terus dengan pihak YPJ terlebih dahulu bagi semakan dan tindakan selanjutnya.
5.Tempoh bagi permohonan jadual semula seterusnya adalah dalam tempoh TIGA (3) tahun.
Cara Permohonan
Proses
- Tempoh pemprosesan penjadualan bayaran balik adalah 14 hari dari tarikh permohonan diterima.
Surat
- Sekiranya permohonan tidak lengkap, surat makluman pemberitahuan akan dihantar kepada peminjam dan penjamin-penjamin.
- Jika permohonan rayuan berjaya, surat makluman pemberitahuan juga akan dikeluarkan dengan menyatakan tempoh tamat penangguhan. Manakala makluman jadual pembayaran baru akan menyusul selepas tarikh tamat penangguhan.
Semakan Bayaran Balik
Semakan boleh dibuat dengan menghubungi terus YPJ di talian 07-2344355 Ext Unit Penguatkuasa dan Hasil atau email terus ke Unit Penguatkuasa dan Hasil di bayaranbalik@ypj.gov.my
Kini semakan boleh dilakukan secara online melalui laman web ataupun aplikasi mudah alih seperti pautan di bawah:-

