Info: Program ini bertujuan melatih mahasiswa Johor menjadi pemimpin berprestasi tinggi yang mampu menyumbang kepada masyarakat melalui pelbagai projek dalam bidang perkhidmatan, pertanian, makanan, dan kesenian. Ia juga berperanan mengeratkan hubungan antara mahasiswa, masyarakat, serta agensi kerajaan dan swasta. Program ini dilaksanakan bersama IKLAS dan turut melibatkan agensi luar bagi tujuan sokongan dana.

