Kerajaan Negeri Johor dalam tahun 1982 telah membentuk Yayasan Pelajaran Johor melalui Enakmen No. 8 Tahun 1982 bagi menguruskan keperluan pembiayaan pinjaman / biasiswa bagi penuntut-penuntut negeri Johor yang berkelayakan melanjutkan pendidikan mereka di Institusi-institusi Pendidikan Tinggi di dalam dan di luar negeri.
Bermula daripada kegiatan ekonomi yang sederhana, Yayasan Pelajaran Johor telah berjaya menggerakkan beraneka jenis projek-projek ekonomi yang lebih besar. Diantaranya adalah termasuk hotel-hotel, pusat-pusat pelancongan, rancangan perumahan, ladang-ladang dan pelaburan saham.
Dengan tertubuhnya yayasan ini, ia sangat membantu dalam bantuan pendidikan serta menyediakan program kecemerlangan dalam melahirkan modal insan kelas pertama khususnya pelajar-pelajar di Negeri Johor ini.
Latar Belakang
Tujuan-tujuan Yayasan Pelajaran Johor sebagaimana yang terkandung di dalam Seksyen 5, Enakmen YPJ No. 8, tahun 1982 ialah:
Piagam Pelanggan
Yayasan Pelajaran Johor Berikrar akan memberikan perkhidmatan yang tepat, cekap dan telus dengan:

