3 Februari 2019, Johor Bahru – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menjalankan Pembentangan Projek Keusahawanan Sosial Mahasiswa Johor di KSL Hotel & Resort, Johor Bahru, Johor selama 3 hari mulai 28 – 30 Januari 2019 (Isnin – Rabu).
Sebanyak 25 kumpulan telah membuat pembentangan dan dinilai oleh juri yang dilantik oleh pihak YPJ. Juri yang terlibat adalah dari:-
i) Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
ii) Social RSPNSBLTY
iii) Youth Trust Foundation (myHarapan)
v) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)
v) Yayasan Pelajaran Johor
Ketua juri adalah Dr. Haji Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee dari IYC.