[gtranslate]

Majlis Pelancaran e-Learning Johor 2018

5 Februari 2018, Pasir Gudang – Majlis Pelancaran e-Learnigng Johor 2018 diadakan pada 3 Februari 2018, jam 9.30 pagi di Dewan Serbaguna Taman Mawar, Pasir Gudang. Kerajaan negeri menerusi Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) dengan kerjasama Yayasan Pasir Gudang melancarkan program e-Learning Johor dengan peruntukan berjumlah RM300,000.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pakej pembelajaran digital itu ditawarkan dengan bayaran serendah RM1 sebulan bagi membantu 25,000 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

Penyertaan terbuka kepada murid-murid pelbagai kaum dan diutamakan bagi murid Tahun Enam, pelajar Tingkatan Tiga dan Lima yang bersekolah di seluruh negeri Johor.

“Program ini sebagai pembelajaran tambahan untuk pelajar menerusi laman sesawang yang boleh diakses secara atas talian pada bila-bila masa menerusi telefon bimbit, komputer riba atau atau alat elektronik lain”.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast