14 November 2017, Bangi – Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) menjalankan VIVA Duta Jauhar 4.0 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor selama 4 hari mulai 9 – 12 November 2017 (Khamis – Ahad) di Dewan Sarjana, Fakulti Pengajian Islam, UKM, Bangi.
Sebanyak 37 kumpulan Duta Jauhar 4.0 telah dinilai oleh juri yang dilantik oleh pihak YPJ. Juri yang terlibat adalah dari:-
i) Pusat Belia Antarabangsa (IYC)
ii) IM4U Sentral
iii) Youth Trust Foundation
iv) Malaysia Global Innovation & Creativity Centre (MAGIC)
v) Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS)
vi) Yayasan Pelajaran Johor
Ketua juri adalah Dr. Haji Mohamed Maliki bin Mohamed Rapiee dari IYC.