[gtranslate]

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan YPJ 2017

10 Julai 2017, Kulai – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan YPJ 2017 pada hari Ahad, 9 Julai 2017  di Kolej Yayasan Pelajaran Johor, KM 16, Jalan Kulai – Kota Tinggi, Johor.

Majlis ini dihadiri oleh YAB Menteri Besar Johor, Dato’ Mohamed Khaled bin Nordin yang turut menyampaikan Biasiswa Menteri Besar Johor kepada 15 orang mahasiswa & mahasiswi IPT yang layak.

Suasana kemeriahan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan YPJ 2017 diiringi persembahan nyanyian, tarian dan okestra dari Sekolah Seni Malaysia Johor yang turut dirasai oleh semua pegawai & kakitangan dari Yayasan Pelajaran Johor, Kumpulan Pendidikan Johor & YPJ Holdings Sdn Bhd serta kumpulannya serta hadirin jemputan dari kalangan Yang Berhormat, Jabatan-Jabatan Negeri Johor, Perbankan, Rakan Niaga dan para pelajar kolej tersebut.

Comments are closed.
Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast