Yayasan Pelajaran Johor Bloom Gold Icon
Yayasan Pelajaran Johor Half Circle Blue Icon

Peringatan Penting: Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan.

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh Pegawai Profesional Kategori A / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi JKKK / yang setaraf dengannya.

Syarat Am Permohonan

  • Warganegara Malaysia yang lahir dan menetap di Negeri Johor;
  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPTA (Universiti & Politeknik) peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda;
  • Mendapat tawaran kemasukan/sedang menuntut di IPTS di bawah Kumpulan Pendidikan YPJ peringkat Sijil atau Diploma;
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori B40 dan M40;
  • Keutamaan bagi yang belum mempunyai tajaan;
  • Baki tempoh pengajian semasa membuat permohonan hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun;
  • Kursus yang diikuti mestilah ‘sepenuh masa’.

Dokumen Wajib

  • Slip Pengesahan Permohonan “Pinjaman Pelajaran Dalam Negara”
  • Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  • Salinan Sijil Kelahiran
  • Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN Bapa atau Penjaga
  • Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN/PENYATA PENCEN)
  • Salinan Surat Tawaran IPT
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah
  • Salinan Sijil SPM
  • Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini IPT (Jika Berkaitan)
  • Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  • Salinan Bil Elektrik / Bil Air yang terkini

Perlukan Bantuan?

Hubungi kami dan kunjungi kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan.


Hubungi Kami
Yayasan Pelajaran Johor Bloom Icon