
Info: Insentif Mahasiswa Anak Johor (IMAJ) adalah sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Johor melalui Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) untuk menyalurkan Bantuan Tunai secara One-Off sebanyak RM200.00 kepada setiap Mahasiswa Anak Johor seluruh Malaysia. Selaras dengan Objektif YPJ yang bertujuan untuk kekal aktif menaja dan memberi bantuan kewangan serta peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kalangan anak negeri Johor.
Cara Memohon
- Permohonan dibuka secara dalam talian di portal rasmi YPJ pada tarikh pembukaan.
- Pemohon yang layak perlu mengisi maklumat dan menghantar dokumen sokongan sepertimana tertera.
Dokumen Wajib
- Salinan kad pengenalan pelajar
- Salinan surat tawaran IPT
- Salinan kad pelajar/matriks


