Info: Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran bagi pengajian Ijazah Sarjana Muda Pertama dalam bidang- bidang yang dikenal pasti di universiti-universiti terkemuka dunia.
Di antara syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut:
Peringkat Pengajian, Institusi Tajaan dan Bidang
Bidang Pengajian yang tidak ditaja
Bidang pengajian yang tidak ditaja adalah perubatan, pergigian, farmasi pendidikan, kejururawatan, kursus yang mewajibkan pelajar mengambil lesen seperti lesen penerbangan dan kursus profesional seperti ACCA dan Certified in Legal Practice (CLP).
Cara Memohon
Permohonan dibuka secara dalam talian di laman sesawang PROLIMS YPJ selama empat belas (14) hari mulai 26 Mei 2024 sehingga 8 Jun 2024, jam 4.00 petang. Calon boleh merujuk maklumat program dan Frequently Ask Question (FAQ) yang dimuat naik di laman sesawang rasmi YPJ bagi maklumat lanjut berhubung program yang ditawarkan.
Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Biasiswa Orang Muda Johor sebagai bukti permohonan lengkap telah dibuat.
Calon wajib menghantar dokumen sokongan sepertimana tertera.
Dokumen Wajib
- Salinan Kad Pengenalan Pelajar;
- Salinan Kad Pengenalan Ibu DAN bapa atau Penjaga;
- Salinan Keputusan Sijil SPM;
- Salinan Sijil Kelahiran;
- Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan);
- Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI / PENYATA PENDAPATAN);
- Sijil kegiatan kokurikulum 3 tahun terkini; dan
- Surat sokongan sekolah (jika berkaitan).
- Semua dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Gred A atau setaraf dengannya.
Student Assessment Centre (SA)
Calon-calon yang memohon program penajaan ini DAN melepasi syarat-syarat permohonan yang telah ditetapkan dikehendaki untuk menghadiri sesi Student Assessment (SA) .
Calon yang terpilih akan dimaklumkan melalui SMS untuk mengetahui maklumat mengenai tarikh dan tempat SA.
Keputusan Permohonan
Keputusan permohonan penajaan ini akan dikemaskini melalui laman PROLIMS YPJ. Sekiranya terdapat sebarang perubahan pengumuman tarikh keputusan, ia akan dimaklumkan melalui laman sesawang YPJ.
Permohonan dianggap tidak berjaya sekiranya pelajar tidak menerima sebarang notifikasi dalam tempoh 90 hari dari tarikh tutup permohonan.


