Forum





E-Perkhidmatan


______________________________

______________________________

______________________________

______________________________

__________________________

Pautan Pantas


 

__________________________












Utama FAQ
Soalan Lazim

1. Bagaimana cara untuk memohon pinjaman Yayasan Pelajaran Johor (YPJ)?

Pelajar yang telah ditawarkan tempat pengajian dimana-mana IPT, boleh membuat permohonan sepanjang tahun (mengikut tarikh BUKA dan tarikh TUTUP yang ditetapkan) dengan langkah berikut:-

i) Mengisi Borang Permohonan Pinjaman YPJ secara online. Muat turun PANDUAN PERMOHONAN SECARA ONLINE dan PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN SECARA ONLINE untuk bantuan;

ii) Ikut arahan SLIP PENGESAHAN Permohonan Pinjaman YPJ yang dicetak dan hantar ke alamat berikut:-

Pengurus Bantuan Pendidikan
Yayasan Pelajaran Johor
No. 12, Bangunan YPJ
Jalan Nuri, Kg. Dato' Onn Jaafar
Karung Berkunci 711
80990 Johor Bahru


2. Apakah syarat-syarat permohonan pinjaman Yayasan Pelajaran Johor? 

Pemohon mestilah dilahirkan di Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang telah menetap tidak kurang lima (5) tahun berturut-turut di Negeri Johor.
Pemohon mestilah telah mendapat tawaran tempat Pengajian / Sedang menuntut di Universiti / Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan / Luar Negara.


3. Apakah dokumen-dokumen yang mesti dilampirkan bersama borang permohonan?

Dokumen-dokumen yang mesti dilampirkan adalah sepertimana di bawah :-

º Salinan Kad Pengenalan dan Surat Kelahiran;
º Salinan Surat Tawaran Kemasukan Universiti / Institusi;
º Salinan Sijil Berhenti dan Surat Akuan Persekolahan;
º Salinan Sijil-sijil Persekolahan : SPM/SPVM/STPM/HSC/Diploma/Ijazah atau lain-lain Sijil (jika ada);
º Salinan Keputusan Peperiksaan bagi setiap penggal / semester (jika ada);
º Salinan slip gaji bulanan penjaga (jika ada);
º Lain-lain dokumen yang perlu (jika ada).

Bagi permohonan dari Pegawai-pegawai Kerajaan / Badan-badan Berkanun hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan melampirkan dokumen-dokumen seperti di bawah :-

º Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Sulit yang kemaskini ;
º Surat Akuan dari Ketua Jabatan yang memperakukan pemohon dibenarkan untuk melanjutkan pelajaran sama ada dengan bergaji penuh / separuh / tanpa gaji.

Semua dokumen hendakalh disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A, Pengetua, Guru Besar (sekolah kerajaan), Penghulu, Ahli Exco atau Pesuruhjaya Sumpah sebelum dihantar.


4. Sekiranya seseorang pelajar mendapat tawaran dalam bentuk pinjaman, adakah mereka terikat dengan sebarang kontrak untuk bekerja dengan Kerajaan atau Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri dalam Malaysia atau Badan-Badan Berkanun?

Pemegang Pinjaman YPJ tidak dikenakan apa-apa kontrak untuk berkhidmat dengan Kerajaan atau Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan Negeri atau Badan-Badan Berkanun kecuali pelajar dikurniakan Biasiswa yang mana dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pelajar tamat pengajian mereka tidak dibolehkan bekerja dengan mana-mana pihak Swasta kecuali mendapat kebenaran dari YPJ.


5. Adakah YPJ akan membiayai pelajar yang akan menuntut di universiti luar Negara?

Tiada, adalah menjadi dasar YPJ sejak tahun 1998 sehingga kini, pembiayaan pelajar ke Luar Negara telah dibekukan kecuali kes-kes yang tertentu yang diluluskan oleh Ahli Lembaga Pengarah YPJ.


6. Bagaimanakah wang pinjaman pendidikan dikeluarkan kepada pelajar?

Wang pinjaman pendidikan dibayar melalui beberapa cara sepertimana di bawah:-

•  bayar terus melalui Bendahari di institusi-institusi;
•  bayar melalui akaun bank pelajar masing-masing;
•  bayar melalui bank deraf bagi pelajar Luar Negara;
•  bayar melalui Telegraf Transfer (TT) bagi pelajar luar Negara;
•  bayar melalui cek sekiranya pelajar Luar Negara balik ke Malaysia.

Pembayaran pertama hanya akan dibayar selepas Surat Perjanjian pinjaman yang lengkap dikembalikan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh dikeluarkan manakala baki pinjaman dibayar dua kali setahun.


7. Bagaimanakah caranya untuk membayar balik pinjaman pendidikan YPJ?

Bayaran balik pinjaman akan dituntut enam (6) bulan dari tarikh pelajar tamat kurniaan pinjaman YPJ dan bayaran balik dibuat secara ansuran bulanan selama tempoh lima (5) tahun bagi lepasan universiti tempatan dan limabelas (15) tahun bagi pelajar Luar Negara atau mengikut budi bicara pihak YPJ.


8. Bolehkan tempoh bayaran balik pinjaman dipendekkan atau dipanjangkan?

Bayaran balik boleh dipendekkan tetapi tidak boleh dipanjangkan kecuali peminjam mempunyai melanjutkan pengajian lagi secara sepenuh masa dan tidak mempunyai penaja.


9. Adakah pinjaman YPJ merupakan pinjaman yang boleh diubah dan faedah dikenakan?

Tawaran berbentuk Pinjaman tidak boleh berubah dan bayaran perkhidmatan dicaj kepada semua bentuk pinjaman sebanyak 4% daripada keseluruhan pinjaman yang diperolehi. 

Walau bagaimanapun, pengurangan bayaran balik akan dipertimbangkan:-

(a) Pinjaman Sebelum Kurniaan Tahun 2014

Hanya kepada pelajar-pelajar yang mengikuti kursus secara sepenuh masa dibawah pinjaman YPJ dari awal kurniaan hingga tamat kursus. Keistimewaan pengurangan bayaran balik ini diluluskan dengan syarat tempoh kursus yang diikuti lebih dari satu (1) tahun atau kursus tersebut bertaraf Ijazah atau Diploma dan keputusan peperiksaan terakhir mestilah menepati kreteria-kreteria seperti di bawah :-

i) CGPA 3.75 - 4.00             bayar balik 50% dari keseluruhan jumlah yang diperolehi
+ 4% bayaran perkhidmatan.

ii) CGPA 3.20 - 3.74             bayar balik 75% dari keseluruhan jumlah yang diperolehi 
+ 4% bayaran perkhidmatan.

iii) CGPA 1.00 - 3.19            bayar balik 100% dari keseluruhan jumlah yang diperolehi
+ 4% bayaran perkhidmatan.

Bagi pelajar-pelajar di Kolej Agama Negeri atau Universiti-universiti di Timur Tengah kreteria-kreteria adalah seperti di bawah :-

i) Cemerlang @ Mumtaz:          bayar balik 50% dari keseluruhan jumlah yang diperolehi
+ 4% bayaran perkhidmatan.

ii) Amat Baik @ Jayyid Jiddan:   bayar balik 75% dari keseluruhan jumlah yang diperolehi
+ 4% bayaran perkhidmatan.

iii) Baik @ Jayyid atau Lulus
@ Makbul:                         bayar balik 100% dari keseluruhan jumlah yang diperolehi
+ 4% bayaran perkhidmatan.

*Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.

(b) Pinjaman Selepas Kurniaan Tahun 2014

i) Pemberian rebat atau pengurangan bayaran balik diberikan kepada peminjam-peminjam yang mengikuti program secara sepenuh masa (disepanjang tempoh pengajian) berdasarkan syarat-syarat berikut: dan


Peringkat Pengajian

Keputusan Layak Rebat

Kadar Layak Rebat

1

Diploma & Ijazah

(Diploma & Ijazah Pertama Sahaja)

Kelas Pertama dan Setaraf

100%

(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan)

2

Diploma (MARSAH)

Mumtaz

100%

(tidak termasuk 4% caj perkhidmatan)

3

Ijazah Lanjutan / Sarjana Professional, Kursus Kedoktoran (PHD), Sijil Professional dari MAS

Tiada Pemberian Rebat

Tiada Pemberian Rebat

ii) Berjaya menamatkan pengajian dialam tempoh yang telah ditetapkan di dalam dokumen perjanjian YPJ; dan

iii) Pinjaman YPJ tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain; dan

iv) Institusi pengajian adalah di dalam negara; dan

v) Transkrip mestilah dengan jelas menyatakan jumlah CGPA yang diperolehi dan disahkan oleh Institusi yang mengeluarkan transkrip tersebut; dan

vi) Permohonan rebat atau pengurangan mestilah dibuat dalam tempoh 2 tahun dari tarikh pengijazahan semasa konvokesyen.


10. Sekiranya pelajar tidak membayar balik pinjaman mengikut jadual yang ditetapkan dan ingin membayar lebih atau kurang daripada jumlah yang ditetapkan, adakah ianya dibenarkan?

YPJ boleh membenarkan pelajar membayar tidak mengikut jadual tertakluk kepada budi bicara pentadbiran. Walau bagaimanapun, jumlah ansuran bulanan mestilah diterima tetap pada tiap-tiap bulan dan tempoh bayaran balik tidak berubah.


11. Sekiranya keseluruhan pembayaran balik pinjaman dibuat dalam masa enam (6) bulan selepas tamat pengajian ada kah diskaun diberikan dan bagaimana dengan caj 4%?

Segala pinjaman yang dibayar balik lebih awal dari tarikh yang ditetapkan tidak akan melibatkan apa-apa diskaun malahan 4% juga tetap akan diambil kira dalam tuntutan bayar balik. Ini adalah kerana 4% dianggap sebagai bayaran atas kertas kerja yang telah diproses untuk seseorang pelajar tidak kira samada ianya membelanjakan wang pinjaman sehingga tamat pengajian mahupun separuh jalan.


12. Sekiranya pelajar gagal / menangguh / mengulang dalam tempoh pengajian, apakah tindakan yang akan diambil oleh YPJ?

Sekiranya pelajar gagal dalam pengajian dan tidak dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan, pelajar dikehendaki membayar balik pinjaman yang digunakan secara 'sekaligus' termasuk 4% kos bayaran perkhidmatan. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar terpaksa menangguh / mengulang pengajian atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, pelajar dinasihatkan membuat permohonan / memaklumkan secara bertulis kepada YPJ dengan syarat Surat Pengesahan dari Bahagian Hal Ehwal Pelajar disertakan sebagai sokongan. Perkara ini akan dipertimbangkan dan tertakluk kepada kelulusan Ahli Lembaga Pengarah YPJ.


13. Bagaimanakah jika pelajar gagal membayar balik pinjaman YPJ dan apakah tindakan yang akan diambil ke atas pelajar?

Sekiranya pelajar gagal mematuhi arahan tuntutan bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan surat peringatan dikeluarkan dan pihak penjamin-penjamin akan dihubungi untuk membantu mengesan pelajar. Jika kesemua pihak tidak dapat membantu maka YPJ akan mengambil tindakan perundangan ke atas pelajar berserta penjamin-penjamin.

14. Sekiranya pelajar berhasrat untuk memohon perlanjutan pinjaman, apakah syarat-syarat yang perlu di kemukakan?

YPJ telah menetapkan satu dasar yang mana lanjutan pinjaman boleh dipertimbangkan sekali sahaja bagi pelajar yang mengulang/gagal dengan syarat permohonan mendapat sokongan serta kelulusan dari IPT atau Kedutaan Malaysia bagi pelajar Luar Negara.


15. Apakah sebab-sebab yang membolehkan YPJ menahan bayaran pinjaman pelajar di IPT?

Bayaran pinjaman kepada pelajar di IPTA dibolehkan ditahan atas sebab-sebab di bawah :-

•  Tidak menghantar keputusan peperiksaan setiap semester ke  Pentadbiran YPJ;
•  Menangguh pengajian;
•  Mendapat dua (2) penaja dalam satu masa;
•  Gagal dalam pelajaran.

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.

Penafian:- Yayasan Pelajaran Johor adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.