Forum





E-Perkhidmatan


______________________________

______________________________

______________________________

______________________________

__________________________

Pautan Pantas


 

__________________________












Fungsi YPJ

 

  • Pemberian Pinjaman dan Biasiswa oleh Yayasan Peajaran Johor di dalam konteks ini merupakan perhubungan di antara peluang dan kemampuan. Ini adalah satu kewajipan sosial yang paling besar bagi Yayasan Pelajaran Johor;
  • Pembangunan sosial yang menyeluruh juga membawa di dalamnya unsur-unsur ekonomi. Di peringkat individu, pelajaran dan kemahiran yang lebih tinggi akan membuka peluang kepada pekerjaan-pekerjaan yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan. Bidang-bidang pilihan juga akan turut bertambah;
  • Di peringkat masyarakat pula, pelaksanaan program-program pembangunan memerlukan tenaga yang mahir dan terlatih. Yayasan Pelajaran Johor turut membantu proses pembangunan melalui penajaan peluang-peluang untuk latihan dan pelajaran. Satu dividen daripada pengwujudan golongan terpelajar dan terlatih ialah lahirnya sekumpulan usahawan kelak;
  • Dengan meningkatkan peluang untuk mendapat pekerjaan yang lebih baik bagi membantu menyediakan keperluan tenaga mahir untuk pembangunan dan melahirkan pengusaha-pengusaha, Yayasan Pelajaran Johor ialah suatu Institusi Pembangunan Ekonomi;
  • Yayasan Pelajaran Johor telah diberi kuasa oleh Enakmen Penubuhannya untuk menyertai segala lapangan kegiatan ekonomi. Kuasa ini diperturunkan untuk membolehkan Yayasan Pelajaran Johor mendapat hasil untuk dikeluarkan sebagai Pinjaman dan Biasiswa dan lain-lain bentuk bantuan;
  • Di dalam mempergunakan kuasa yang telah dibenarkan di atasnya, Yayasan Pelajaran Johor bertindak sepertimana organisasi-organisasi ekonomi yang lain. Yayasan Pelajaran Johor berurusniaga, memberi dan mengikat kontrak, menubuhkan syarikat-syarkat, membuka ladang, membina bangunan dan lain-lain lagi. Kegiatan-kegiatan ini mempunyai kesan yang langsung terhadap pembangunan ekonomi.

 

 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Internet Explorer 8.0 atau Mozilla Firefox atau Google Chrome dengan resolusi skrin 1024x768.

Penafian:- Yayasan Pelajaran Johor adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. Syarikat-syarikat yang dirujuk dalam laman web ini tidak boleh dianggap sebagai agen ataupun syarikat yang disyorkan oleh Yayasan Pelajaran Johor.