Jauhar Youth Leadership Camp (JYLC)

Info : Menyasarkan peserta adalah terdiri daripada tajaan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) dan Pengawas Tingkatan Empat (4) disekolah-sekolah Negeri Johor.

Bermula : 2015

Penglibatan : Pelajar Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) dan Pengawas Tingkatan Empat (4)

Penerima Manfaat : Pelajar Sekolah Menengah

Dana Daripada : Kerajaan Negeri Johor

Objektif

Membina daya kepimpinan yang berkualiti, berkesan, berkeyakinan dan berketrampilan dalam kalangan murid.
Melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab, peka terhadap persekitaran serta dapat melaksanakan tugas dengan jujur, amanah dan dedikasi.
Meningkatkan kualiti kepimpinan dan komunikasi yang berkesan di kalangan murid dan melahirkan “role model” pemimpin masa depan.

Program Jauhar Youth Leadership Camp

  • Pogram ini mula diperkenalkan pada tahun 2015, pada peringkat awal dikenali sebagai Program Kem Kepimpinan Muda adalah bagi tajaan Biasiswa Kenangan Dato’ Onn (BKDO) dan Pengawas Tingkatan Empat (4) di sekolah-sekolah Negeri Johor.
  • Pada tahun 2017, YPJ melakukan penambahan program dengan melaksanakan:

Program JYLC

  • T.O.T untuk fasilitator bagi memantapkan program JYLC

  • Program Al Fateh mengadungi 4 siri untuk pelajar-pelajar tajaan BKDO dan Pengawas Tingkatan Empat (4)

  • Program Mutiara mengandungi 3 siri  bagi pelajar-pelajar yang mengalami masalah disiplin di peringkat Menengah Rendah

  • Terdiri daripada pelajar-pelajar terbaik yang mengikuti program Al-Fateh

  • Program ini dilaksanakan sekitar bulan Februari hingga September 2017.
  • Melibatkan peruntukan sebanyak RM 500 ribu.
Tukar Size Tulisan
Contrast