[gtranslate]

Insentif Harapan Siswa (IHS)

INSENTIF HARAPAN SISWA (IHS)

SYARAT AM PERMOHONAN

  1. Pemohon lahir dan menetap di Negeri Johor
  2. Permohonan terbuka kepada pelajar tahun 1 (semester pertama) Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang melanjutkan pengajian ke IPTA dan IPTS terpilih (Kolej YPJ, EDUCITY & Marsah)
  3. Pemohon telah mendapat surat tawaran dari Institusi Pengajian Tinggi
  4. Tempoh kursus yang diikuti adalah mengambil masa setahun atau lebih;
  5. Pendapatan Ibu DAN bapa / Penjaga tidak melebihi RM 4,000.00 sebulan dan RM 4,001 hingga RM 5,000 sebulan dengan jumlah tanggungan melebihi 5 orang dan ke atas;
  6. Pemohon hanya layak menerima bantuan pendaftaran sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian;
  7. Pemohon tidak menerima apa-apa bantuan pendaftaran dari agensi-agensi lain.
  8. Permohonan bantuan adalah tertakluk kepada syarat serta kelulusan pengurus besar YPJ

DOKUMEN WAJIB

  1. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPTA
  2. Salinan Resit Pembayaran Yuran (bagi yang telah mendaftar)
  3. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa atau Penjaga
  5. Salinan Akaun Bank Islam (M) Berhad tanpa buku (PASSBOOK-LESS ACCOUNT) sahaja (Salinan Resit Pembayaran BIMB Tidak Diterima)
  6. Salinan Sijil Kematian / Penceraian (Jika Berkaitan)
  7. Salinan Penyata Pendapatan Ibu DAN Bapa / Penjaga (SLIP GAJI/ PENYATA PENDAPATAN)

Sekiranya ibubapa/penjaga tidak mempunyai slip gaji (bekerja sendiri) /tidak bekerja (suri rumah/pesara/pencen/ tiada punca pendapatan), adalah WAJIB untuk pemohon melengkapkan Borang Pengesahan Pendapatan. KLIK SINI UNTUK MUAT TURUN BORANG

Kesemua dokumen sokongan hendaklah disahkan oleh pegawai profesional/ Kategori A/ Ketua Kampung/ Penghulu/Pengerusi JKKK/ yang setaraf dengannya

Please wait...

Langgan Berita Terkini Kami

Masukkan email dan nama untuk menjadi yang pertama mendapat maklumat terkini kami.
Tukar Size Tulisan
Contrast