Konsep Logo

BUKU TERBUKA

Lambang Pelajaran membawa pengertian bahawa organisasi ini lebih menitik-beratkan segala hal yang bersangkutan dengan kemajuan dalam bidang pelajaran.

MATA PENA

Lambang Pelajaran, membawa erti bahawa pelajaran menjadi teras utama dalam penubuhan organisasi Yayasan ini.

POHON POKOK

Pohon Pokok selaras dengan objektif Yayasan ini untuk terus maju dan berkembang samada dalam lapangan pelajaran mahupun soal kemasyarakatan.

HURUF ‘J’

Awalan perkataan JOHOR terdapat 4 rupabentuk ‘J’ diserapkan ke dalam rupabentuk pohon pokok sebagai melambangkan 4 faktor penting yang perlu dimajukan dan dikembangkan :

  1. Pelajaran
  2. Kewangan
  3. Kemasyarakatan
  4. Keagamaan

Warna Merah

Direka dalam bentuk belahan buah sebagai melambangkan gabungan matlamat yang dicapai apabila organisasi ini menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan sempurna.

Warna Biru

Lambang keharmonian. Diterapkan ke dalam lembing yayasan ini bagi tujuan menunjukkan bahawa segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan demi untuk keharmonian selaras dan cita-cita negara.

Warna Emas

Melambangkan keutuhan. Menunjukkan keutuhan ekonomi negeri Johor. Sumber kewangan yang kukuh menjadi faktor utama organisasi ini untuk menjalankan segala aktiviti-aktiviti.
Tukar Size Tulisan
Contrast